Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan. Encik Mohsin adalah pemilik Restoran Sedap Rasa Timur. Beliau telah mempelawa Encik Amin, seorang tukang masak yang terkenal untuk menjadi rakan kongsi perniagaannya. Mereka bersetuju menubuhkan perkongsian liabiliti terhad (PLT). Setelah beberapa tahun beroperasi bersama, mereka sering berselisih pendapat tentang sikap Encik Amin yang gemar membeli bahan mentah secara berlebihan tetapi gagal menguruskannya dengan baik. Encik Amin bertegas mengatakan bahawa pembelian tersebut membolehkan perniagaan mendapat diskaun yang tinggi daripada pembekal. (a) Mengapakah Encik Mohsin dan Encik Amin bersetuju dengan bentuk pemilikan perniagaan [6 markah]​